Bermain tentang keyakinan

Sunday, November 2, 2008


Setiap detik.. aku adalah manusia biasa, yang sentiasa mendengar cetusan cetusan dari mulut manusia. Aku bukan hebat untuk menelan segala ayat ayat tanpa hati ku disentuh. Aku sentiasa dibayangi oleh kepetahan manusia menyusun kata menganyam keyakinan. Sejuta insan di sekeliling diri ini hanya sekadar merungkai ikatan keyakinan dalam diriku. Tetapi disebalik itu, di celah jutaan himpunan manusia.. yakinlah bahawa tetap ada yang akan membawa keyakinan dalam hatimu. Dan yakinlah bahawa jalan hidup kita.. adalah Qada' dan qadar. Kita punya impian.. kita punya usaha.. kita punya doa.. kita punya tawakal.. Allah yang memiliki kita.. bukan orang sekeliling kita.. dengan itu aku perlu buktikan impianku.. tidak akan kabur.. usahaku tidak akan luntur.. doa ku pada Mu ya Allah.. ku pohon rahmat Mu.

0 comments:

 
zerotohero - by Templates para novo blogger